Selasa, 9 Ogos 2011

kata Seru


Contoh kata seru ialah aduh, cis, aduhai, amboi, oh eh, syabas dan wahai. Penggunaan kata seru dalam ayat adalah seperti berikut:

  • Aduh, sakitnya kepalaku!
  • Cis, terimalah tikamanku ini!
  • Syabas, engkau telah menang!
  • Wahai puteraku, berbaktilah kepada negara!
  • Amboi, comelnya kucing ini!
  • Oh Tuhanku, selamatkan mereka!
  • Eh, bergayanya kamu hari ini!
  • Aduhai, malangnya nasibku!

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1._________ Rupanya kamu ada di sini!

A Cih
B Nah
C Wah
D Amboi

2._________ Beruntungnya abang awak!

A Wah
B Aduh
C Oh
D Eh

3._________ Jangan bermain di sini!

A Aduhai
B Ceh
C Hei

4._________ Saya hampir terlupa pesanan emak!

A Amboi
B Oh
C Hoi
D Wah

5._________! Apa hal kamu datang ke rumah saya?

A Wah
B Cis
C Eh
D Oh

6._________ Apa khabar kamu sekarang!

A Hoi
B Oh
C Eh
D Hai

7._________ Itu cuma perkara kecil sahaja!

A Wah
B Eh
C Oh
D Amboi

8._________! Lemahnya badan saya ini!

A Amboi
B Aduhai
C Cis
D Eh

9._________ Kamu telah memenangi pertandingan ini!

A Oh
B Syabas
C Wah
D Aduhai

10._________ Betulkah jawapan ini!

A Eh
B Oh
C Nah
D Hoi